Misi & Visi Yayasan

VISI YAYASAN MATRI

Mewujudkan satu dana yang kukuh sebagai menyahut tuntutan ubudiyah kepada Allah SWT dan saranan baginda Rasulullah SAW dengan mengumpulkan sebanyak mungkin wang dan harta dengan cara yang sah, bersih dan syar'ie dan kemudiannya mengagihkan kepada anggota-anggota masyarakat yang memerlukannya.

MISI YAYASAN MATRI

  1. Mengumpul dana dan sumbangan derma bagi membantu dan menghayati program penghayatan Islam.
  2. Membantu dan membiayai pengurusan dakwah dan tarbiyah Islamiyah.
  3. Menerbit dan mmenyebarkan risalah percuma sebagai bacaan untuk mempertingkatkan syiar Islam.
  4. Berdakwah dengan mengembangkan ajaran Islam kepada bukan Islam.
  5. Membiayai pendidikan sekolah Islam persendirian.
  6. Menyediakan pusat bimbingan kaunseling remaja dan saudara baru.
  7. Membiayai kelas Al-Quran.
  8. Mengadakan program kebudayaan dan kerohanian kearah pembangunan intelek.
  9. Mengadakan biasiswa,bantuan pelajaran,tabung kebajikan,khairat kematian bagi mengurangkan kesusahan mereka yang memerlukan.
  10. Mewujudkan ukhuwah Islamiyah dan ikatan silaturrahim dikalangan warga MATRI,ibubapa,anggota masyarakat setempat,,institusi kerajaan dan individu yang menyokong pembangunan serta perpaduan Islam.

Hebahan

IKLAN KEMASUKAN 2021

BAHASA MELAYU
BAHASA ARAB

BORANG PERMOHONAN OFFLINE

BORANG OFFLINE

Video MATRI

SPM

6.1.2021

40 Days

STAM

17.2.2021

82 Days