Tentang Yayasan Matri

Pengenalan

Dengan peredaran masa, sambutan dan sokongan yang diterima dari masyarakat terhadap MATRI amat memberansangkan. Bilangan pelajar bertambah setahun ke setahun. Tapak kampus perlu diperluaskan. Bangunan-bangunan baru perlu didirikan, alat perkakas bantuan pelajaran dan pengajaran perlu ditambah. Pelajar-pelajar miskin dan anggota masyarakat setempat yang tidak mampu juga perlu dibantu. MATRI juga turut menerima pelajar-pelajar daripada Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja. Dengan perkembangan ini, maka Lembaga Tadbir MATRI (sekarang Lembaga Pengelola) memutuskan untuk menubuhkan satu institusi kewangan yang kukuh bagi menangani keperluan-keperluan di atas.

Akhirnya, satu permohonan telah diajukan kepada Kementerian di Jabatan Perdana Menteri pada 1 September 1998 dan diterima pada 20 November 1998. Pada 1 Oktober 2000, Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan pelepasan cukai kepadaYayasan MATRI untuk menerima sumbangan daripada orang ramai dan kemudiannya menyalurkan sumbangan tersebut kepada pihak yang memerlukan. Nombor pelepasan cukai tersebut ialah LHDN.01/35/42/51/179-6.4903.

Hebahan

IKLAN KEMASUKAN 2021

BAHASA MELAYU
BAHASA ARAB

BORANG PERMOHONAN OFFLINE

BORANG OFFLINE

Video MATRI

SPM

6.1.2021

72 Days

STAM

17.2.2021

114 Days