• on9
     
  • Apply
     
  • waris
     
  • staff
     

Artikel Terkini di MATRI

Buku Sejarah Awal MATRI - Pengorbanan, Kebersamaan dan Sentuhan Tarbawi

Matri1

Sejak 1987, Ma'had AtTarbiyah Al-Islamiyah atau singkatannya, Matri, telah melalui liku-liku pengalaman dan perkembangan yang berselirat antara cabaran dan harapan. Kelompok pertama Matri lahir di kelas Marhalah Khassah ketika bangunan blok surau masih belum siap sepenuhnya dan gotong-royong pembinaannya dilakukan setiap hari Jumaat.

Pengalaman bersama pengetua dan guru-guru pada peringkat awal membantu kelompok pertama ini mendapat ilmu pengetahuan, ilmu agama, tunjuk ajar pengurusan, suasana berkebun dan membiasakan diri dengan tanggungjawab. Program usrah, ijtimak, tamrin dan rehlah menjadi tali pengikat yang kuat sesama pelajar dan tenaga pengajar untuk membina Matri.

Buku karya Cikgu Ghazali Saad menjadi rujukan penting bagi kita untuk mengenali pendidikan Islam yang menggabungkan ilmu dunia dan akhirat. Beliau menegaskan bahawa memahami sejarah dan perkembangan Matri akan dapat menjelaskan falsafah dan pelaksanaan pendidikan Matri, melihat sejauh mana pencapaiannya, melakar masa hadapan dengan mengambil iktibar daripada kejayaan dan kelemahan yang telah dilalui. Ia juga boleh menjadi panduan institusi pendidikan lain untuk menjadikan pendidikan sebagai wasilah pembangunan insan.

Justeru, dalam buku ini Cikgu Ghazali berkongsi pengalamannya melihat pembangunan Matri dari peringkat awal sehinggalah dikenali pada hari ini. Antara pengalaman terpenting ialah faktor penubuhan Matri yang berpasikan iman dan tauhid kepada Allah swt di samping dorongan yang kuat daripada sekelompok masyarakat yang prihatin dengan tarbiyah Islamiah. Mereka inilah yang mencetuskan perubahan dalam paradigma masyarakat bahawa pelaksanaan Islam boleh dilakukan melalui tarbiyah yang diinstitusikan.

Cikgu Ghazali berusaha mendapatkan maklumat yang tepat daripada pelbagai sumber yang menambah kredibiliti dan kewajaran buku ini kerana mendapatkan maklumat daripada sumber primer amat berharga dalam proses kajian sejarah.

Dipetik daripada: http://zahirzainudin.blogspot.com/2013/10/sejarah-awal-matri.html

BUKU: SEJARAH AWAL MATRI PENGORBANAN, KEBERSAMAAN, DAN SENTUHAN TARBAWI
PENULIS: GHAZALI SAAD
HARGA: RM 12.00 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
Maklumat lanjut hubungi wakil PLM En. Yazid Noh, 0134972116

Hebahan

 

 

 

 

 

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-2

 

TARIKH : 17 MAC 2017

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI WHATSAPP GROUP IBU BAPA/GURU KELAS

 

TUISYEN MATRI

PENDAFTARAN TINGKATAN 3 DAN 5 TELAH DI BUKA SEKARANG. PELAJAR BOLEH BERDAFTAR DENGAN BAYARAN RM20.

BAGI TINGKATAN 1, 2, DAN 4, PENDAFTARAN AKAN DI BUKA SELEPAS RAYA CINA.

MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG TUISYEN AKAN DIMAKLUMKAN DALAM SURAT DAN DIKIRIM MELALUI PELAJAR SEMASA PULANG BERCUTI RAYA CINA.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI DAN 'WHATSAPP' CIKGU AZLINA 012-582 8617.

TERIMA KASIH.

Video MATRI

SPM

07.11.2016

STAM

17.10.2016

PT3

11.10.2016

Waktu Solat