Artikel Terkini di MATRI

JEMPUTAN KE HARI KECEMERLANGAN MATRI TAHUN 2016 DAN MAJLIS PERTEMUAN WARIS PELAJAR KELAS PEPERIKSAAN (PT3 & SPM) TAHUN 2017

Sukacitanya saya merujuk perkara di atas tuan/puan adalah dijemput ke majlis hari kecemerlangan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 15 Julai 2017 (Hari Sabtu)

Tempat : Dataran MATRI, Perkampungan Tunjung Beseri Perlis

Aturcara :

0830 - 0900 : Ketibaan ibu bapa dan tetamu.

0900 - 1030 : Ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan al-Quran, ucapan aluan pengetua, dan ucapan perasmian.

1230 - 1430 : Rehat & jamuan tengah hari.

1430 - 1630 : Perjumpaan Waris dan Guru (pelajar PT3 & SPM tahun 2017)

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa / waris dijemput bagi sama-sama meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar bagi tahun pengajian 2016. Kesudian tuan/puan untuk hadir bagi menjayakan program di atas adalah sangat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih dan jazakumullah khairan kathiran.