Artikel Terkini di MATRI

HARI KANAK-KANAK, WARGA EMAS DAN ORANG KURANG UPAYA PERINGKAT NEGERI PERLIS

Selasa, 10 Oktober 2023

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri Perlis untuk Tahun 2023.

Berikutan dengan itu, 2 orang pelajar Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) telah diundang untuk menerima Anugerah Khas Kanak-Kanak Huffaz Muda, mereka ialah Muhammad Munzir Bin Mohd Ashri dan Adriana Balqis Binti Azreen. Semoga anak-anak ini terus bersemangat dalam menuntut ilmu, InsyaAllah.

Pihak Matri juga mengucapkan sekalung tahniah kepada kedua ibu bapa Munzir dan Adriana.

11.11.21.3234567