Artikel Terkini di MATRI

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERLIS (MSSPs)

 Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSSPs bermula pada 28 hingga 30 November 2023 yang di sertai oleh 19 buah sekolah yang berada dalam Negeri Perlis. Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) di undi dalam kumpulan B yang dikatakan kumpulan maut bersama dengan SMK Syed Hassan bawah 15, SMK Derma, SMK Dato Jaafar Hassan dan SMK Kuala Perlis.

Table Result

 

28 November 2023, MATRI memulakan perlawanan dengan langkah kiri apabila tewas perlawanan pertama menentang Sekolah Sukan Negeri SMK Syed Hassan Bawah 15 dengan jaringan 0-1 apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti apabila permain pertahanan MATRI menjatuhkan lawan dalam kawasan penalti, dengan mudah pemain Syed Hassan mengambil sepakan penalti menolak bola melepasi penjaga gol MATRI. MATRI kemudiannya bangkit dari kekalahan untuk mengejutkan SMK Dato Jaafar Hassan dengan jaringan 1-0 hasil serang balas pantas oleh para pemain MATRI. MATRI mengutip 3 mata pertama untuk hari pertama kejohanan.

B1

29 November 2023, untuk perlawanan ketiga MATRI bertemu SMK Kuala Perlis, SMK Kuala perlis memberi laluan mudah kepada MATRI selepas mengalami dua kekalahan dan satu seri sebelum perlawanan ini. MATRI menewaskan SMK Kuala Perlis dengan keputusan 8-1. Perlawanan penentuan untuk naib juara kumpulan B ditentukan untuk perlawanan terakhir antara MATRI dan SMK DERMA dimana MATRI hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke suku akhir selepas mendapat 6 mata dari 3 perlawanan, manakalah SMK DERMA perlu menundukkan MATRI untuk layak selepas mendapat 4 mata dari 1 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan. SMK DERMA memulakan perlawanan dengan agresif dengan melakukan serangan demi serangan ke kubu MATRI, pertahan MATRI dengan berdisiplin berjaya menyerap setiap serangan yang dilancarkan. Ketika SMK DERMA semakin memperlahankan permainan, MATRI kembali membuat serangan demi serangan melalui pemain sayap kiri dan kanan namun tidak berjaya juga untuk merobek gawang SMK DERMA. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0, bermakna MATRI layak ke pusingan kalah mati.

B2Table Result