Pengenalan

Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ditubuhkan pada 3 Zulhijjah 1408 bersamaan 29 Julai 1987. Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, MATRI terletak di Perkampungan Tunjung, Beseri, Perlis dengan keluasan 16.5 ekar. Lokasinya yang unik amat sesuai untuk aktiviti pembelajaran iaitu terletak di lereng Bukit Tunjung dengan landskap sekeliling yang menghijau lagi harmoni, dikelilingi oleh rumah-rumah pennduduk Perkampungan Tunjung yang tersusun indah.

Ma'had ini telah diasaskan oleh Allahyarham Al-Fadhil Dato Kaya Bakti Ustaz Dahlan bin Mohd Zain dan mula beroperasi pada 2 Ogos 1987 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1470H. Pengajiannya bermula dengan 17 orang pelajar (8 lelaki dan 9 perempuan) peringkat Marhalah Khassas (Pra- Universiti). Kini, MATRI mempunyai lebih daripada 65 orang tenaga kerja (guru dan kakitangan sokongan) serta lebih 830 orang pelajar.

Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, MATRI telah didaftarkan dengan:

Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 8 April 1990 (JAIPs-AM-1/8/(8))
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis - mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 1994 (No. Pendaftaran : JPPs 24/98)

Pada 6 April 2003, MATRI telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengambil pelajar antarabangsa (No. Rujukan Kelulusan: KP(JPS)5181/20/10/Jld.2(47). 

Hebahan

Makluman Jadual Yuran Tahun 2024

 

 MUAT TURUN DI SINI

Video MATRI

SPM

6.1.2021

STAM

17.2.2021