Sejarah Penubuhan

Dalam arus kebangkitan Islam pada hari ini, kita berhadapan dengan satu suasana di mana Islam berada dalam keadaan yang kabur.  Kabur dalam ertikata ia begitu berbeza dengan Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar kita Rasulullah SAW dan apa yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam kitab suci AlQuran AlKareem.

Disamping itu, proses penyampaian ilmu yang ada di kebanyakan institusi pada masa ini juga kabur dan mengelirukan.  Ilmu diletakkan pada satu sudut manakala akhlak dan penghayatan diletakkan pada sudut yang lain pula, di mana berlakunya pertembungan antara ilmu dan akhlak serta ilmu dan penghayatan.  Natijahnya maka timbullah berbagai masalah kerana ilmu tidak diasaskan di atas dataran iman dan keyakinan kepada Allah SWT.  Tanpa keimanan yang kukuh dan keyakinan yang mantap, ilmu yang dipelajari tidak mungkin direalisasikan dalam kehidupan seharian.

Berhadapan dengan realiti ini, maka timbullah hasrat untuk mewujudkan suasana yang boleh menangani berbagai gejala negatif yang mencengkam kehidupan remaja-remaja kita hari ini.  Dengan itu MATRI ditubuhkan dengan bermatlamat membekalkan remaja-remaja ini dengan satu sistem pendidikan Islam yang menyeluruh bagi melahirkan insan Rabbani yang beriman dan berakhlak mulia.

Hebahan

Makluman Jadual Yuran Tahun 2024

 

 MUAT TURUN DI SINI

Video MATRI

SPM

6.1.2021

STAM

17.2.2021