Visi & Misi
VISI MATRI
Mewujudkan satu suasana yang baik bagi mendidik dan membentuk pelajar-pelajar dengan satu sistem pendidikan Islam yang terancang berlandaskan kepada ajaran Kitab Suci Al-Quranul Karim dan Sunnah Rasulullah SAW supaya mereka melangkah keluar sebagai "Ulama Pewaris Nabi" untuk melaksana dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah SWT.
MISI MATRI
MATRI membawa syiar "Ulama' Pewaris Nabi" dengan bermatlamatkan:
- Memberi pendidikan Islam secara meluas dan teratur kepada pelajar-pelajarnya.
- Memberi pengetahuan Bahasa Arab hingga ke peringkat membolehkan pelajar-pelajar memahami kandungan kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah an-Nabawiyah dan kitab-kitab Ilmu yang berbahasa Arab.
- Mendidik pelajar-pelajar dengan sistem tarbiyah Islam yang sempurna dan menyeluruh melalui proses-proses yang disediakan.
- Melahirkan Muslim dan Muslimah yang multazim (komited) dengan ajaran dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian mereka.
- Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan bersahsiah Islam dengan memilik ilmu syara' dan ilmu-ilmu semasa.
- Melaksanakan dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah SWT