• on9
     
  • Apply
     
  • waris
     
  • staff
     

Artikel Terkini di MATRI

U-ROCK 2023 UNIVERSITY ROBOT COMPETITION : KINGDOM OF CHAMPIONS

Alhamdulillah, tahniah di ucapkan kepada guru-guru dan anak-anak Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah kerana telah melakar sejarah apabila telah memenangi beberapa kategori dalam kejohanan U-ROCK 2023 University Robot Competition : Kingdom of Champions yang telah di anjurkan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 1-2 Disember 2023. Dibawah bimbingan Cikgu Mohamad Hafsan Bin Hussin, MATRI telah menghantar sebanyak 7 kumpulan yang terdiri daripada 5 kumpulan pelajar putera (15 orang) dan 2 kumpulan pelajar puteri (6 orang).

Alhamdulillah, antara team pelajar putera telah mendapat Johan poster dan pembentangan Drone terbaik kategori Sekolah Menengah, manakala team pelajar puteri mendapat Naib Johan Poster dan Pembentangan Terbaik Sekolah Menengah serta memdapat tempat Ke-3 kategori School Drone Challenge Sekolah Menengah.

Kejayaan yang luar biasa ditunjukkan oleh team pelajar puteri apabila ini kali pertama mereka sertai kejohanan ini. MATRI telah menghantar peserta paling ramai dalam kejohanan ini.

MATRI berazam dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melahirkan pelajar yang beradab, pencinta ilmu dan Al-Quran. MATRI juga seiring dalam perkembangan pendidikan digital semasa agar terus maju dalam melahirkan pelajar-pelajar yang akan berjaya di dunia dan di Akhirat. Kejayaan anak-anak didik MATRI ini adalah bukti kepada usaha ini. Semoga MATRI terus maju di masa-masa akan datang. insyaAllah.

12345678910

Hebahan

Makluman Jadual Yuran Tahun 2024

MUAT TURUN DI SINI

Video MATRI

SPM

6.1.2021

STAM

17.2.2021